Pages

Powered by Blogger.

Thursday 4 January 2018

10 Azam Penting Tahun 2018 Yang Wajib Dalam Pengurusan Kewangan.





1.   Kawal Emosi Berbelanja


     Ramai orang tiada simpanan yang tetap dan secara berkala adalah kerana mereka tidak pernah membuat semakan terhadap perbelanjaan mereka. Di sini pentingnya kita menilai secara tepat dua jenis perbelanjaan utama iaitu perbelanjaan KEPERLUAN dan perbelajaan KEMAHUAN/KEHENDAK (EMOSI).

    Sekiranya dinilai kembali pasti terdapat perbelanjaan yang dibuat bukan disebabkan keperluan tetapi adalah disebabkan kemahuan (berbelanja mengikut emosi). So azam tahun 2018 yang wajib adalah sila KENALPASTI perbelanjaan anda. 

       Setelah berjaya menilai kedua-dua jenis perbelanjaan ini tolong PASTIKAN untuk kita POTONG mana-mana perbelanjaan yang TAK PERLU sekaligus dengan hasil potongan tersebut akan menjadikan kita mempunyai lebihan wang  untuk ditambahkan dalam simpanan kita.


2.   Hapuskan Hutang-Hutang Jahat



        Apa itu hutang jahat? Contohnya hutang kad kredit, hutang pnjaman peribadi, hutang ah long dan hutang-hutang lain yang pada hakikatnya tak perlu dan tidak penting. Ini juga boleh dikaitkan dengan butiran no 1 kerana hutang jahat selalu terhasil daripada perbelanjaan yang mengikut EMOSI.

         Tahun 2018 jadikan azam untuk menghapuskan hutang-hutang jahat ini keutamaan dan rancang sebaiknya perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi MENYELESAIKAN hutang tersebut. 

      Hutang jahat ni akan mengganggu pengurusan kewangan yang baik dan turut mengganggu dari segi “aura” kita dalam perancangan kewangan yang lebih positif dan efektif, ya lah kan kalau kita ada hutang fikiran kita tak tenteram dan selalu memikirkan pasal hutang sahaja sehingga menyebabkan kita gagal fokus pada simpanan dan perancangan kewangan. .


3.   Disiplin Tingkatkan Jumlah Simpanan

          Tahukah ada, ramai orang yang bermasalah untuk menyimpan, jadinya bila kita dah TETAPKAN azam dan matlamat yang jelas, kita mesti disiplin untuk pastikan kita mesti menyimpan setiap bulan.

            Kebanyakan daripada kita apabila mendapat gaji atau pendapatan bulanan, ianya hanya cukup untuk menampung komitmen/perbelanjaan bagi bulan tersebut sahaja sehInggakan tidak ada simpanan yang berjaya dibuat termasuk gagal menyediakan tabung untuk KECEMASAN sekiranya berlaku sesuatu yang tak dingini (minta simpanglah kan). So, cuba anda bayangkan apa akan jadi tanpa ada tabung kecemasan itu???

       Kalau ikutkan fomula kita perlu ada simpanan sekurang-kurangnya bersamaan 3 bulan jumlah komitmen. Katakan komitmen anda RM3,000 sebulan so kena ada RM9,000 (RM3,000 x 3 bulan).Tatapi untuk permulaan minimum simpanan bersamaan sebulan komitmen sudah memadai, namun harus ditingkatkan dari semasa ke semasa agar simpana  terus bertambah dan bertambah.


4.   Disiplin Asingkan Komitmen Tetap Tahunan.

        Untuk tahun 2018 ini, pastikan kita mengasingkan siap-siap komitment tetap tahunan kita yang perlu dibayar dan kuntuk tujuan ini, disiplin juga memainkan peranan yang penting, apabila diasingkan jangan cuba-cuba usik atau ganggu peruntukkan tersebut. .

              Antara komitmen tetap tahunan yang perlu diasingkan adalah seperti roadtax kenderaan, bayaran installment kenderaan/rumah, servis dan maintenance  kenderaan, bayaran bil-bil yang wajib seperti elektrik, bil air dan bil telefon, bajet raya, yuran tahunan sekolah anak, bajet percutian keluarga (pastikan ada bajet untuk ini kerana masa bersama family sangat penting) dan bajet untuk tambah ilmu kewangan mahupun pelaburan.

          Asingkan dan sediakan bajet khas untuk tujuan-tujuan diatas supaya kita tak akan ada masalah untuk membayar komitmen-komitmen ini nanti kerana sememangnya ini adalah perkara wajib yang perlu diselesaikan.


5.   Senaraikan semua due date bayaran pinjaman/loan



              Tolong sangat-sangat tuliskan dan letakkan di tempat yang mudah dilihat due date anda untuk segala pinjaman/loan korang contohnya pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman ASB, pinjaman PTPTN dan lain-lain pinjaman.

             Bila dah tulis maka kita akan sentiasa ingat dua date tersebut, so jangan tulis dan ingat saja, kenalaha juga bayar mengikut due date yang telah ditetapkan supaya azam kita 2018 adalah untuk menjadi good paymaster (peminjam yang mempunyai rekod bayaran yang baik)

          Ini sangat penting untuk ada rekod yang baik especially kepada yang berminat untuk menjadi pelabur hartanah yang akan menggunakan OPM (Other People Money/Pinjam Duit Bank la). Ini untuk memastikan Pinjaman dengan bank akan lulus bagi tujuan pembelian aset hartanah.


6.   Tolong filling semua dokumen kewangan



          Pastikan semua dokumen berkaitan kewangan anda dimasukkan dalam fail yang khas supaya mudah diakses dan dicari di kemudian hari untuk sebarang tujuan yang memerlukannya.Sistem filing ini harus dipastikan sentiasa kemas, teratur dan yang paling penting dokumennya UP TP DATE.  

        Sekali lagi sekiranya anda ingin menjadi pelabur hartanah misalnya, filing juga penting kerana ianya merupakan profail kewangan anda yang memudahkan anda sekiranya ingin memohon pinjaman dengan mana-mana bank.

               Dokumen yang perlu ada dalam file kewangan anda contohnya slip gaji, penyata kewangan bank bulanan, salinan S&P jika ada, sijil ASB/Tabung Haji dan lain-lain yang berkaitan.


7.   Pastikan asset/harta lebih besar daripada liability/hutang



         Apa benda ni dan macam mana nak pastikan harta lebih dari hutang. Kalau korang dari background accounting mesti biasa kan dengan term asset & liability. Jangan pening-pening, cuma faham yang korang mesti pastikan harta korang lebih dari hutang korang, tu ja.

              Korang senaraikan segala asset/harta yang ada seta senarikan juga semua jumlah hutang yang korang ada, kalau harta lebih dari hutang cun la, tapi kalau hutang lebih dari harta masalah la tu, kena cuba kurangkan jumlah hutang tersebut takut-takut hutang tu adalah hutang jahat macam point no 2 tadi.

        Ini juga penting untuk memastikan kedudukan kewangan korang berada dalam keadaan yang sihat wal afiat.


8.      Mesti hadir kelas-kelas ilmu yang berkaitan kewangan dan pelaburan



               
           Seperti yang kita sedia maklum. ilmu ini sangat penting dalam apa jua bidang. Izinkan saya memetik sabda Rasulullah S.A.W. yang marhumnya adalah berikut “jika kamu hendakkan akhirat kamu perlukan ilmu, jika kamu hendakkan dunia kamu perlukan ilmu, dan jika kamu hendakkan keduanya maka kamu perlukan juga ilmu”.

             Ayuh, saya yakin ramai di kalangan kita pandai membuat duit namun tidak ramai dikalangan kita yang pandai menguruskan duit. Sediakan bajet untuk ke kelas ilmu ini seperti point no 4 tadi yang mana jadikan ianya sebagai komitmen tetap tahunan.


                  Tahun 2018 ni hadirlah ke kelas/seminar berkaitan kewangan dan pelaburan yang dianjurkan oleh mana-mana sifu yang berkaitan anda confirm tidak akan rugi bila mana anda melabur untuk tujuan ilmu.


9.     Mesti berazam dan berusaha untuk menambahkan pendapatan.



             Kita maklum bahawa kos sara hidup makin hari makin meningkat, maka samada kita sedar atau tidak perbelanjaan harian kita juga turut meningkat. Pendpaan kita pula mungkin ada yang meningkat mungkin ada yang tidak, kalau meningkat pon kadar kenaikannya rendah berbanding kadar kenaikan kos sara hidup kan.

              Jadi kalau kita tak lakukan sesuatu untuk menambah pendapatan makan kita akan mendapati ketidakcukupan dalam perbelanjaan harian kita.

        Pastikan tahun 2018 kita mesti berazam untuk tambahan pendapatan dengan mencari dari sumber-seumber yang lain agar memaksimakan pendapatan kita sekaligus mengatasi kadar kenaikan kos sara hidup bahkan mampu untuk kita tingkatkan jumlah simpanan dengan penuh disiplin seperti point no 3. In Shaa Allah jika kita menghadiri kelas ilmu ianya kana membantu kita untuk mencari peluang menambah pendapatan. 


10.   Berani bertindak



        
                      Inilah azam 2018 yang paling penting untuk dilaksanakan oleh kita kerana banyak daripada kalangan kita hanya pandai bercakap atau pandai mengeluarkan idea namun tidak bertindak.

            Jika kita tidak bertindak maka kita tidak akan dapat menuai hasilnya tetapi sekiranya kita bertindak pasti akan nampak perubahan pada pengurusan kewangan kita dan pastinya perubahan ini adalah perubahan yang POSITIF.

          Pernah dengar kan “Fast Action Fast Result” so mulalah bertindak SEKARANG. Harus di ingat bahawa tahun 2018 akan lebih sukar untuk kita harungi jika kita lihat keadaan ekonomi terkini, maka lakukanlah sesuatu untuk diri kita sendiri dan untuk orang yang kita sayangi di sekeliing kita.  



PENGURUSAN KEWANGAN 2018

Kredit : Ieza Yusof (Mak Jerung)




0 comments:

Post a Comment