Pages

Powered by Blogger.

Monday 18 December 2017

PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA

Setiap individu mempunyai cara pengurusan yang tersendiri kerana apa yang mereka lakukan adalah dari didikan kedua ibubapa sejak dari kecil hinggalah kealam persekolahan, alam perkerjaan dan seterusnya.
Disini saya terangkan cara contoh-contoh bagaimana nak lepaskan dari beban kewangan bila dah capai umur 40 atau 45 tahun.
Bujang
Bila mana kita mula bekerja kita mestilah ada perancangan untuk 1, 5, 10 atau 20 tahun.
1. Beli Insuran yang difikirkan perlu dan mengikut kesesuaian masing-masing.
2. Ketepikan 1/10 atau 2/10 untuk simpanan dalam bentuk kecairan tunai  atau pun pelaburan.
3. Kalau ada lebihan dari pendapatan bulanan mulalah cari aset dalam bentuk hartanah.
4. Kiranya ada lagi lebihan gunakan untuk berkongsi niaga dengan orang tua atau saudara mara yang mempunyai ternakan.
Bila dah berumahtangga
Perkongsian pintar, kerana bermula dari hari pertama kita berumahtangga kita berkongsi segala-galanya dengan pasangan kita.
1. Teruskan rancangan kewangan masa bujang agar kesinambungan.
2. Berbincang dengan pasangan dan buat penyusunan semula program kewangan anda.
3. Beli Insuran yang sesuai untuk pasangan kita mungkin ia tidak mempunyai lagi dan amat berguna dimasa kecemasan.
4. Gunakan wang dalam KWSP untuk membuat pelaburan unit trust bila dah layak. ( Berisiko rendah )
Suami + Isteri + Anak
1. Bila dapat anak buka akaun Tabung Haji dan BSN atas nama akaun bersama dan simpan setiap bulan RM 100 ( RM 50 ke setiap akaun ) atau set kan target RM 1000 untuk setiap anak setiap tahun. ( Simpanan dalam Tabung Haji dan BSN tidak dikenakan cukai pendapatan seperti simpanan yang lain. )
2. Beli Insuran pendidikan kerana dengan kita tak pasti dengan sistem pendidikan yang ada sekarang kadang kala mereka yang betul memerlukan wang untuk menyambung pelajaran kurang diberi perhatian dan kewujudan IPTS bak cendawan tumbuh lepas hujan. ( Insuran jenis ini dikecualikan dari cukai pendapatan )
3. Beli Insuran Hayat seawal kelahiran mereka dan bila mereka dah berumur 18 tahun boleh ditebus atau biarkan mereka saja yang meneruskan bayaran untuk seterusnya.
4. Kalau mampu beli Insuran kesihatan, kerana ada penyakit kritikal selalunya di hospital kerajaan amat lambat untuk mendapat rawatan. Tetapi Insuran ni jenis hangus apabila cukup setahun.
5. Pelaburan hartanah juga sama penting dengan simpanan tunai dan tiada nilai susut. Konsep satu anak satu rumah tu boleh tetapi bolehkah kita melaksanakannya. Terpulang pada individu.
Tips :
i) Bila anak dah habis belajar peringkat menengah dan ingin sambung belajar ke Universiti masa ni kita akan gunakan samada Insuran pendidikan, Tabung Haji atau BSN kiranya mereka tidak mendapat pinjaman ataupun biasiswa. Terpulang pada kita nak buat apa dengan duit itu kiranya mereka belajar hingga tahap menengah.  Boleh juga digunakan untuk mereka apabila mereka nak mendirikan rumahtangga. ( Kenduri kendara )
ii) Setiap kali musim hariraya kanak-kanaklah yang paling gembira kerana dapat duit raya. Semaikan sifat jimat cermat semasa anak masih kecil. Simpan duit raya mereka dan tunjukan buku simpanan mereka kerana ia akan membakar semangat mereka untuk menabung dimasa akan datang.
Secebis petikan buku Rahsia Menuju Kekayaan nukilan Chef Li
1)  Simpan 1/10 untuk dilupakan.
2)  Simpan 1/10 untuk lunaskan hutang.
3)  Simpan 1/10 untuk Zakat/Kenduri/Sedekah.
4)  Gunakan 2/10 untuk sekeluarga.
5)  Gunakan 1/10 untuk diri sendiri.
6)  Berikan 1/10 untuk orang tua kita.
7)  Laburkan 2/10 Untuk digandakan semula.
8)  Laburkan 1/10 untuk perniagaan.
Macam mana dengan penerangan boleh ke tak, tepuk dada tanya selera. Apa yang saya berikan diatas beberapa bentuk simpanan paling simple. Pokok pangkal kita berusaha keras dengan dan mendisiplinkan diri, Insyallah kalau umur 40 atau 45 tahun tiada lagi  bebanan. Itu tak termasuk duit pencen / KWSP ataupun Insuran.
Kredit kepada:-
Dr Bad Yosoff (Badrol & Co)

Sunday 17 December 2017

Adakah Hutang Anda Hutang baik atau Jahat?


Hutang, secara mudahnya adalah pinjaman yang dibuat dari pihak ketiga dan memerlukan keupayaan membayar balik.
Baik atau jahat
Tahukah anda bahawa hutang boleh dibahagikan kepada hutang “baik” atau hutang “jahat” Hutang baik merujuk kepada hutang yang mempunyai kadar faedah yang rendah (di bawah 8%) dan pinjaman yang digunakan bagi membeli rumah atau hartanah komersial atau pelaburan di dalam sesuatu perniagaan.

Kajian  tentang nilai hartanah di antara tahun 1991 hinga 2014 mendapati bahawa kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR)untuk hartanah adalah sekitar 5.97%. Tidak syak lagi, hartanah adalah asset yang sentiasa mempunyai peningkatan nilai. Namun, lokasi adalah penting bagi pulangan yang tinggi.
Hutang jahat sebaliknya adalah seperti pinjaman untuk membeli kereta yang mempunyai susut nilai. Walaupun kadar faedah pinjaman sewa beli kereta hanya sekitar 4 hingga 6%, namun nilai kereta itu akan jatuh sehingga 10% secara purata.
Jenis HutangKadar Faedah Tahunan
Pinjaman tidak berlesen60%
Kad kredit15-18%
Pinjaman peribadi10-12%
Pinjaman Pendidikan8-10%
Pinjaman perumahan4.5-6.5%
Pinjaman sewa beli kereta4-6%
PTPTN1%

Nasihat tentang Hutang
Nisbah Pinjaman yang Sihat – Penanda aras samada anda mempunyai nisbah hutang yang sihat ialah nisbah Bayaran Hutang Bulanan kepada Pendapatan Bulanan atau secara mudahnya:
Ansuran bulanan Pendapatan bulanan
Nisbah ini sepatutnya dikawal dan berada pada tahap 40% pada setiap masa. Jika nisbah ini berada di bawah 40%, anda mempunyai lebihan untuk meminjam bagi tujuan pelaburan hartanah yang juga memudahkan kelulusan pinjaman.
Jangan meminjam untuk melabur – Anda hanya perlu melabur wang yang bebas daripada hutang.
Jangan meminjam samada dari keluarga, kawan atau sanak saudara kerana ianya akan menyebabkan anda kehilangan dua perkara iaitu wang dan hubungan.
Panjangkan tempoh pinjaman (untuk hartanah) – walaupun anda mampu membayar lebih, contohnya diantara pinjaman 25 tahun (ansuran bulanan RM2,400) atau 35 tahun (ansuran bulanan RM1,200).
Pilihan 35 tahun adalah lebih bijak dari segi aliran tunai. Walaupun anda membayar RM2,400 (bukan RM1,200) setiap bulan secara konsisten, pinjaman ini akan berakhir pada tahun ke 25 juga.
Sebaliknya jika anda memilih pinjaman 25 tahun, anda tidak boleh mengurangkan ansuran bulanan jika anda mempunyai masalah kewangan dalam bulan-bulan tertentu.
Semakin panjang tempoh pinjaman dan semakin kurang ansuran bulanan, anda mempunyai lebihan tunai di tangan untuk melabur dalam instrument yang boleh memberikan pulangan melebihi 6% setahun misalnya ASB dan Tabung Haji.

Friday 15 December 2017

#INFOHartanah Macam mana nak beli tanah? Ini caranya




Bagi sesiapa yang nak beli tanah ini prosedure. Jangan tertipu

PROSEDUR MEMBELI TANAH

1.Dapatkan salinan geran

2. Buat carian Persendirian (RM30 ) atau Carian rasmi (RM50) di PTG ( Pej Tanah & Galian)
*Harga dalam Selangor

3. Dapat Syit Pelan ( pelan besar ) daripada JUPEM ( JUPEM Selangor di Plaza Masalam Seksyen 9,Shah Alam )

4. Semak lokasi /kedudukan/vektor tanah. Lebih bagus bawa juruukur untuk kenal pasti setiap tanda sempadan atas tanah tersebut.

5. Semak kontur /bentuk muka bumi tanah , jika berbukit,curam atau dalam gaung.

6. Untuk puas hati, Semak Geran

6.1-Kategori Guna Tanah
6.2-Express Condition
6.3-Pegangan Tanah ( freehold/leasehold/rizab Melayu Hak Milik Kekal/Rizab Melayu Pajakan Mukim
6.4-Halangan atas Kepentingan Tanah

7. Tandatangan Penjanjian Jual Beli Tanah dengan Pemilik Berdaftar

8. Lakukan ‘Kaveat Persendirian’ untuk melindungi kepentingan anda sebagai pembeli

9. Untuk pembelian secara TUNAI dengan BAYARAN PENUH

9.1-Tandatangan Borang 14A ( Tranfer of Land )
9.2-Borang 14A perlu di hantar untuk Setem Hasil untuk ‘Adjudication’.

10. Serahkan Borang 14A kepada Pej Tanah /PTG

11. Tarikh serahan adalah tarikh Pendaftaran!

12. Ambil Geran Tanah /Land Title daripada Pej Tanah /PTG dan simpan dengan selamat. (Jika tanah di charge kepada BANK, geran akan disimpan oleh BANK )

Kredit: Razman
Share Jika Bermanfaat

#TeamSaudagarHartanah

Thursday 14 December 2017

Kategori #ListHartanah


Salam dan Selamat Sejahtera kepada semua, Blog ini akan memaparkan #ListHartanah yang 'available' dalam simpanan kami. Pengendali setakat ini adalah 3 orang iaitu, Nazran Fahmi, Zulkifli dan Zaim.

Sesiapa yang berminat boleh wasap ke nombor yang akan dikepilkan disetiap posting nanti. 'Pelayar web' juga dialu-alukan untuk list kan hartanah yang ingin dijual atau disewa di ruangan ini. Kami pula akan sebarluaskan melalui media sosial kami. InsyaAllah.