Hutang, secara mudahnya adalah pinjaman yang dibuat dari pihak ketiga dan memerlukan keupayaan membayar balik.
Baik atau jahat
Tahukah anda bahawa hutang boleh dibahagikan kepada hutang “baik” atau hutang “jahat” Hutang baik merujuk kepada hutang yang mempunyai kadar faedah yang rendah (di bawah 8%) dan pinjaman yang digunakan bagi membeli rumah atau hartanah komersial atau pelaburan di dalam sesuatu perniagaan.

Kajian  tentang nilai hartanah di antara tahun 1991 hinga 2014 mendapati bahawa kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR)untuk hartanah adalah sekitar 5.97%. Tidak syak lagi, hartanah adalah asset yang sentiasa mempunyai peningkatan nilai. Namun, lokasi adalah penting bagi pulangan yang tinggi.
Hutang jahat sebaliknya adalah seperti pinjaman untuk membeli kereta yang mempunyai susut nilai. Walaupun kadar faedah pinjaman sewa beli kereta hanya sekitar 4 hingga 6%, namun nilai kereta itu akan jatuh sehingga 10% secara purata.
Jenis HutangKadar Faedah Tahunan
Pinjaman tidak berlesen60%
Kad kredit15-18%
Pinjaman peribadi10-12%
Pinjaman Pendidikan8-10%
Pinjaman perumahan4.5-6.5%
Pinjaman sewa beli kereta4-6%
PTPTN1%

Nasihat tentang Hutang
Nisbah Pinjaman yang Sihat – Penanda aras samada anda mempunyai nisbah hutang yang sihat ialah nisbah Bayaran Hutang Bulanan kepada Pendapatan Bulanan atau secara mudahnya:
Ansuran bulanan Pendapatan bulanan
Nisbah ini sepatutnya dikawal dan berada pada tahap 40% pada setiap masa. Jika nisbah ini berada di bawah 40%, anda mempunyai lebihan untuk meminjam bagi tujuan pelaburan hartanah yang juga memudahkan kelulusan pinjaman.
Jangan meminjam untuk melabur – Anda hanya perlu melabur wang yang bebas daripada hutang.
Jangan meminjam samada dari keluarga, kawan atau sanak saudara kerana ianya akan menyebabkan anda kehilangan dua perkara iaitu wang dan hubungan.
Panjangkan tempoh pinjaman (untuk hartanah) – walaupun anda mampu membayar lebih, contohnya diantara pinjaman 25 tahun (ansuran bulanan RM2,400) atau 35 tahun (ansuran bulanan RM1,200).
Pilihan 35 tahun adalah lebih bijak dari segi aliran tunai. Walaupun anda membayar RM2,400 (bukan RM1,200) setiap bulan secara konsisten, pinjaman ini akan berakhir pada tahun ke 25 juga.
Sebaliknya jika anda memilih pinjaman 25 tahun, anda tidak boleh mengurangkan ansuran bulanan jika anda mempunyai masalah kewangan dalam bulan-bulan tertentu.
Semakin panjang tempoh pinjaman dan semakin kurang ansuran bulanan, anda mempunyai lebihan tunai di tangan untuk melabur dalam instrument yang boleh memberikan pulangan melebihi 6% setahun misalnya ASB dan Tabung Haji.