1. Kawal Emosi Berbelanja
Ramai orang tiada simpanan yang tetap dan secara berkala adalah kerana mereka tidak pernah membuat semakan terhadap perbelanjaan mereka. Di sini pentingnya kita menilai secara tepat dua jenis perbelanjaan utama iaitu perbelanjaan KEPERLUAN dan perbelajaan KEMAHUAN/KEHENDAK (EMOSI).
Sekiranya dinilai kembali pasti terdapat perbelanjaan yang dibuat bukan disebabkan keperluan tetapi adalah disebabkan kemahuan (berbelanja mengikut emosi). So azam tahun 2018 yang wajib adalah sila KENALPASTI perbelanjaan anda.
Setelah
berjaya menilai kedua-dua jenis perbelanjaan ini tolong PASTIKAN untuk kita POTONG
mana-mana perbelanjaan yang TAK PERLU sekaligus dengan hasil potongan tersebut akan menjadikan kita mempunyai lebihan wang untuk ditambahkan dalam simpanan kita.
Apa itu hutang jahat? Contohnya hutang kad kredit, hutang pnjaman peribadi, hutang ah long dan hutang-hutang lain yang pada hakikatnya tak perlu dan tidak penting. Ini juga boleh dikaitkan dengan butiran no 1 kerana hutang jahat selalu terhasil daripada perbelanjaan yang mengikut EMOSI.
Tahun
2018 jadikan azam untuk menghapuskan hutang-hutang jahat ini keutamaan dan
rancang sebaiknya perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi MENYELESAIKAN hutang tersebut.
Hutang
jahat ni akan mengganggu pengurusan kewangan yang baik dan turut mengganggu
dari segi “aura” kita dalam perancangan kewangan yang lebih positif dan efektif, ya lah kan kalau
kita ada hutang fikiran kita tak tenteram dan selalu memikirkan pasal hutang sahaja sehingga menyebabkan kita gagal fokus pada simpanan dan perancangan kewangan. .
Tahukah
ada, ramai orang yang bermasalah untuk menyimpan, jadinya bila kita dah TETAPKAN azam
dan matlamat yang jelas, kita mesti disiplin untuk pastikan kita mesti
menyimpan setiap bulan.
Kebanyakan
daripada kita apabila mendapat gaji atau pendapatan bulanan, ianya hanya cukup
untuk menampung komitmen/perbelanjaan bagi bulan tersebut sahaja sehInggakan
tidak ada simpanan yang berjaya dibuat termasuk gagal menyediakan tabung untuk
KECEMASAN sekiranya berlaku sesuatu yang tak dingini (minta simpanglah kan).
So, cuba anda bayangkan apa akan jadi tanpa ada tabung kecemasan itu???
Kalau
ikutkan fomula kita perlu ada simpanan sekurang-kurangnya bersamaan 3 bulan jumlah komitmen.
Katakan komitmen anda RM3,000 sebulan so kena ada RM9,000 (RM3,000 x 3
bulan).Tatapi untuk permulaan minimum simpanan bersamaan sebulan komitmen sudah memadai, namun
harus ditingkatkan dari semasa ke semasa agar simpana terus bertambah dan bertambah.
Untuk
tahun 2018 ini, pastikan kita mengasingkan siap-siap komitment tetap tahunan
kita yang perlu dibayar dan kuntuk tujuan ini, disiplin juga memainkan peranan
yang penting, apabila diasingkan jangan cuba-cuba usik atau ganggu peruntukkan tersebut. .
Antara
komitmen tetap tahunan yang perlu diasingkan adalah seperti roadtax kenderaan, bayaran
installment kenderaan/rumah, servis dan maintenance kenderaan, bayaran bil-bil yang wajib seperti
elektrik, bil air dan bil telefon, bajet raya, yuran tahunan sekolah anak,
bajet percutian keluarga (pastikan ada bajet untuk ini kerana masa bersama
family sangat penting) dan bajet untuk tambah ilmu kewangan mahupun pelaburan.
Asingkan
dan sediakan bajet khas untuk tujuan-tujuan diatas supaya kita tak akan ada
masalah untuk membayar komitmen-komitmen ini nanti kerana sememangnya ini adalah perkara wajib yang perlu diselesaikan.
Tolong
sangat-sangat tuliskan dan letakkan di tempat yang mudah dilihat due date anda untuk
segala pinjaman/loan korang contohnya pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan,
pinjaman ASB, pinjaman PTPTN dan lain-lain pinjaman.
Bila
dah tulis maka kita akan sentiasa ingat dua date tersebut, so jangan tulis dan
ingat saja, kenalaha juga bayar mengikut due date yang telah ditetapkan supaya
azam kita 2018 adalah untuk menjadi good paymaster (peminjam yang mempunyai
rekod bayaran yang baik)
Ini
sangat penting untuk ada rekod yang baik especially kepada yang berminat untuk
menjadi pelabur hartanah yang akan menggunakan OPM (Other People Money/Pinjam
Duit Bank la). Ini untuk memastikan Pinjaman dengan bank akan lulus bagi tujuan
pembelian aset hartanah.
Pastikan
semua dokumen berkaitan kewangan anda dimasukkan dalam fail yang khas supaya
mudah diakses dan dicari di kemudian hari untuk sebarang tujuan yang
memerlukannya.Sistem filing ini harus dipastikan sentiasa kemas, teratur dan yang paling penting dokumennya UP TP DATE.
Sekali
lagi sekiranya anda ingin menjadi pelabur hartanah misalnya, filing juga
penting kerana ianya merupakan profail kewangan anda yang memudahkan anda
sekiranya ingin memohon pinjaman dengan mana-mana bank.
Dokumen yang perlu ada dalam file kewangan anda contohnya slip gaji, penyata kewangan bank bulanan, salinan S&P jika ada, sijil ASB/Tabung Haji dan lain-lain yang berkaitan.
Dokumen yang perlu ada dalam file kewangan anda contohnya slip gaji, penyata kewangan bank bulanan, salinan S&P jika ada, sijil ASB/Tabung Haji dan lain-lain yang berkaitan.
Apa
benda ni dan macam mana nak pastikan harta lebih dari hutang. Kalau korang dari background
accounting mesti biasa kan dengan term asset & liability. Jangan
pening-pening, cuma faham yang korang mesti pastikan harta korang lebih dari
hutang korang, tu ja.
Korang
senaraikan segala asset/harta yang ada seta senarikan juga semua jumlah hutang
yang korang ada, kalau harta lebih dari hutang cun la, tapi kalau hutang lebih
dari harta masalah la tu, kena cuba kurangkan jumlah hutang tersebut
takut-takut hutang tu adalah hutang jahat macam point no 2 tadi.
Ini
juga penting untuk memastikan kedudukan kewangan korang berada dalam keadaan
yang sihat wal afiat.
Seperti yang kita sedia maklum. ilmu ini sangat penting dalam apa jua bidang. Izinkan saya memetik sabda Rasulullah S.A.W. yang marhumnya adalah berikut “jika kamu hendakkan akhirat kamu perlukan ilmu, jika kamu hendakkan dunia kamu perlukan ilmu, dan jika kamu hendakkan keduanya maka kamu perlukan juga ilmu”.
Ayuh,
saya yakin ramai di kalangan kita pandai membuat duit namun tidak ramai
dikalangan kita yang pandai menguruskan duit. Sediakan bajet untuk ke kelas
ilmu ini seperti point no 4 tadi yang mana jadikan ianya sebagai komitmen tetap
tahunan.
Tahun 2018 ni hadirlah ke kelas/seminar berkaitan kewangan dan pelaburan yang dianjurkan oleh mana-mana sifu yang berkaitan anda confirm tidak akan rugi bila mana anda melabur untuk tujuan ilmu.
Tahun 2018 ni hadirlah ke kelas/seminar berkaitan kewangan dan pelaburan yang dianjurkan oleh mana-mana sifu yang berkaitan anda confirm tidak akan rugi bila mana anda melabur untuk tujuan ilmu.
Kita
maklum bahawa kos sara hidup makin hari makin meningkat, maka samada kita sedar
atau tidak perbelanjaan harian kita juga turut meningkat. Pendpaan kita pula
mungkin ada yang meningkat mungkin ada yang tidak, kalau meningkat pon kadar
kenaikannya rendah berbanding kadar kenaikan kos sara hidup kan.
Jadi
kalau kita tak lakukan sesuatu untuk menambah pendapatan makan kita akan
mendapati ketidakcukupan dalam perbelanjaan harian kita.
Pastikan
tahun 2018 kita mesti berazam untuk tambahan pendapatan dengan mencari dari
sumber-seumber yang lain agar memaksimakan pendapatan kita sekaligus mengatasi
kadar kenaikan kos sara hidup bahkan mampu untuk kita tingkatkan jumlah
simpanan dengan penuh disiplin seperti point no 3. In Shaa Allah jika kita
menghadiri kelas ilmu ianya kana membantu kita untuk mencari peluang menambah
pendapatan.
Inilah azam 2018 yang paling penting untuk dilaksanakan oleh kita kerana banyak daripada kalangan kita hanya pandai bercakap atau pandai mengeluarkan idea namun tidak bertindak.
Jika
kita tidak bertindak maka kita tidak akan dapat menuai hasilnya tetapi sekiranya
kita bertindak pasti akan nampak perubahan pada pengurusan kewangan kita dan
pastinya perubahan ini adalah perubahan yang POSITIF.
Pernah
dengar kan “Fast Action Fast Result” so mulalah bertindak SEKARANG. Harus di
ingat bahawa tahun 2018 akan lebih sukar untuk kita harungi jika kita lihat
keadaan ekonomi terkini, maka lakukanlah sesuatu untuk diri kita sendiri dan
untuk orang yang kita sayangi di sekeliing kita.
PENGURUSAN KEWANGAN 2018
Kredit : Ieza Yusof (Mak Jerung)
0 comments:
Post a Comment